Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah (Al-Jin:18)
Maksudnya:
"Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
Dalam ayat di atas Allah menjelaskan bahawa masjid adalah untuk beribadah dan mengiktiraf sifat uluhiyyah dan rububiyyah-Nya. Maka seorang muslim itu tidak boleh memohon pertolongan dan berdoa melainkan hanya kepada-Nya. Akan tetapi ia bukan sahaja tertumpu pada solat fardhu dan sunat malahan aktiviti yang berunsurkan ibadah juga dapat diterapkan oleh AJK dan kakitangan masjid. Sejajar dengan itu, ia adalah suatu amalan yang dituntut oleh agama Islam.
Antara ibadah-ibadah yang selalu dilakukan di masjid ialah solat fardu berjemaah, solat Jumaat, solat-solat sunat, solat jenazah, bacaan al-Quran serta amalan-amalan zikir dan wirid. Justeru itu, peranan masjid sebagai institusi ibadah dapat membangunkan kualiti peribadi mahasiswa secara menyeluruh terutama dalam aspek pembangunan sahsiah, akhlak dan kerohanian. Amalan solat berjemaah sebagai contoh secara tidak langsung akan dapat melatih seseorang mahasiswa itu berdisiplin dan menepati waktu.
Program-program tersebut termasuklah program di bulan Ramadhan, ibadah qurban, sambutan hari kebesaran Islam dan seumpamanya lagi. Namun, bagi mereka yang meninggalkan ibadah ini adalah berdosa tetapi seandainya ia dikerjakan akan mendapat ganjaran pahala yang banyak.
Sehubungan dengan itu, kedatangan Ramadhan yang amat dinanti-nantikan akan direalisasikan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menyerlahkan keistimewaan bulan Ramadhan. Di antara aktiviti-aktiviti ialah majlis iftar, tadarus al-quran, kuliah selepas Asar dan pelbagai lagi. AJK dan kakitangan masjid menjalankan seperti berikut;
Majlis Iftar / Berbuka Puasa |
Program ini berjalan dengan lancar selama sebulan, khusus yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar, pensyarah dan juga masyarakat luarnya. Majlis ini dikendalikan oleh pihak tertentu yang terdiri daripada kakitangan masjid yang diarahkan oleh AJK masjid. Ada hari-hari yang dikhususkan untuk menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Justeru, pada hari-hari biasa turut disediakan makan dan minuman untuk berbuka puasa bagi para jemaah yang menunaikan solat Terawih di situ. Jumlah yang disediakan mengikut ahli jemaah yang datang berbuka sehingga akhir Terawih. Imam bagi Terawih pula dijemput dari pelajar-pelajar KUIS.
Program Ihya’ Ramadhan |
Program ihya ramadhan dibuat setiap tahun, antara pengisiannya adalah ceramah ambang Ramadhan, penghayatan ramadhan, kuliah fiqh siyam, majlis berbuka dan moreh bersama Sultan Selangor, iftar harian dan iftar perdana,sahur untuk qiamulalil perdana dan lain-lain.Ia menelan belanja 100,000. Dana ini adalah hasil dari sumbangan korporat, syarikat swasta dan orang ramai.
Pusat Menghafal al-Quran |
Masjid telah digunakan sebagai pusat menghafal al-Quran. Halaqah al-Quran menjadi suatu tradisi di beberapa masjid terkemuka. Oleh itu, masjid Al-Azhar di jadikan tempat untuk menghafal al-Quran bagi pelajar diploma, sarjana muda tahfiz dan pelajar yang mengambil subjek hafalan al-Quran. Setiap pagi suasana manghafal al-Quran diperkarangan masjid Al-Azhar adalah cukup mendamaikan dan dipenuhi halaqah hafalan quran.
Ceramah dan Kuliah Agama |
Sebagaimana masjid-masjid yang terdapat di negara ini. AJK Masjid Al-Azhar juga telah merangka dan melaksanakan banyak aktiviti yang berkaitan dengan ceramah dan kuliah sepanjang tahun.. Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mencambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, kuliah dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dan menajamkan akal. Contohnya pihak masjid telah menjemput Ulama’ khas daripada Timur Tengah iaitu Allahyarham Syeikh Ramadhan Al-Bhuti, Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih, Syeikh Muhammad Muaffaq, Syeikh Mustafa Dib Al-Bugho dan Syeikh Dr.Muhammad Ali-Al-Sobuni untuk memberi santapan rohani kepada warga KUIS dan masyarakat setempat. Kuliah-kuliah juga disemarakkan dengan kuliah subuh, maghrib dan dhuha. Antara jemputan penceramah melibatkan ustaz tersohor seperti ustaz Azhar Idrus, ustaz Don Daniel, Ust Badlishah, Syeikh Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari, Ust Zainal Asri dan lain-lain.
Manakala pengajian kuliah dhuha diadakan setiap hari Sabtu, minggu pertama dan ketiga menggunakan kitab tafsir oleh ust Ikmal Zaidi, Minggu kedua dan keempat menggunakan kitab Midraj Ul-Fawatih Fi Syarh Misykat Il Masobih. Ia dilaksanakan sebulan dua kali. Ia di mulakan pada 18 Mei 2014 (Ahad). Tazkirah agama juga dilakukan pada setiap hari selepas waktu solat fardhu yang mengambil masa hanya 15 minit sebelum memulakan kuliah pengajian bagi hari yang berkenaan. Pada kebiasaannya tazkirah ini menyentuh tentang hal-hal isu semasa dan juga topik yang mampu menarik minat para pendengar Jemaah.
Mengadakan Korban |
AJK dan warga KUIS serta masyarakat setempat bersama-sama mengadakan ibadah qurban yang dituntut oleh agama. Orang ramai yang mengambil bahagian terdiri daripada staf KUIS dan juga masyarakat luar. Melihat kepada semangat perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat sekitar ini wajar dicontohi oleh umat Islam masa kini. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Η̣ājj (22):34
Maksudnya:
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan Ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya; dan sampaikanlah berita gembira (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.