Masjid ini mempunyai dua tingkat iaitu tingkat  atas khusus untuk ruang solat wanita ia dan merupakan kawasan untuk jemaah wanita menunaikan solat dan melakukan aktiviti yang dikhususkan untuk Jemaah wanita seperti Usrah, Kuliah Muslimat dan sebagainya.  Walaubagaimanapun pada waktu solat jumaat, kedua-dua ruang akan dipenuhi oleh jemaah lelaki untuk menunaikan Solat Jumaat

Manakala di tingkat bawah menempatkan ruang solat  lelaki dan sebahagian kecilnya ruang solat wanita. Di tingkat bawah masjid juga  mempunyai beberapa kemudahan seperti pejabat nazir, pejabat pengurusan, bilik untuk gerakan al Azhar Members(ALAM), stor, tandas. Gerai ALAM, kiosk dan bilik sewa.